Mohamad Aizam Firdauz B. Nor Azizi . 19years old. Johorean . Accounting Student at UiTM Johor:)

Wednesday, December 29, 2010

JULUNG KALINYA SKUAD MALAYSIA MENJADI JUARA BAGI AFF SUZUKI CUP, syabas Malaysia(!)

90 minit yang mendebarkan, Malaysia menang aggregate 4-2 dengan kelebihan 1 gol di tempat lawan sempena final AFF Suzuki Cup yang berlangsung di Jakarta, malam tadi.
Segulung tahniah buat Harimau Malaya, dan jurulatih Rajagopal yang berjaya menyemarakkan kembali semangat bola di kalangan peminat Malaysia. Jujur kata, bukan mudah sebenarnya nak melawan pasukan Indonesia, namun berkat sokongan peminat, Malaysia akhirnya berjaya juga membawa pulang gelaran juara.
Safee, telah dinobatkan sebagai penjaring gol terbanyak sepanjang berlangsungnya AFF Suzuki Cup, tak silap kami 5 gol.
Khairul Fahmi, penjaga gol Malaysia banyak menyelamatkan serangan Indonesia. Kehebatan beliau mula diperkatakan sehingga menduduki tangga ke 5 twitter trend, worldwide. Kalau selama ini tiada siapa yang perasan kelibat Khairul Fahmi & Safee, nampaknya nasib mereka berdua sudah berubah. Nora Danish mula jatuh cinta dengan kedua-dua lelaki ini, siap suruh call! Ehem, boleh tahan selera.
Di petik oleh; www.ohbulan.com





Maaf Aku Tak Pandai Menulis, Kalau Bercerita Aku Pandai.
TERIMA KASIH

No comments: