Mohamad Aizam Firdauz B. Nor Azizi . 19years old. Johorean . Accounting Student at UiTM Johor:)

Monday, October 31, 2011

Pengajaran yang senang:)

Assalamualaikum semua, entry kali ini tuan punya blog ingin berkongsi kepada tuan puan semua tentang pengajaran yang senang diamalkan oleh kita. Tidak perlu bebanan malah tidak memudaratkan kita. Hal ini aku dapat dari akhbar hari ini dalam ruang rencana mungkin, bertemakan TIDAK AIBKAN JENAZAH.
okay tanpa aku berbicara panjang lebar, nah, ini ada 5 perkara kita kena ambil berat. Dengan lakukan perkara senang ini, kita mampu dapat pahala yang berlipat ganda.
1) Melawat orang yang sedang sakit, jika kita melawat orang sakit, pahalanya ibarat kita sedang berjalan di syurga sehingga kita duduk di tempat orang sakit itu,
2) Menjawab Salam, tak kira kita sedang marah ke apa ke, salam tetap kita kena jawab, kerana menjawab salam adalah satu hukum yang wajib.
3) Menziarahi jenazah, Kita hendaklah menziarahi jenazah dengan sebab kita dapat menginsafi diri dan sentiasa ingat dengan ajal maut.
4) Menghadiri jemputan, Kita di wajibkan menghadiri setiap jemputan yang telah diterima dengan sebab kita menghormati dengan ajakan mereka. Perkara ini harus di ambil berat, tidak kira lah kita makan atau tidak ke sesuatu majlis itu, kita harus menghadirinya.
5) Mendoakan orang bersin, hal ini selalu orang tidak perasan kerana hal ini terjadi tanpa orang perasan, jika seseorang itu bersin, dia menjawab dengan Alhamdulillah, dan akan tetapi kita sebagai orang yang mendengar kita WAJIB mendoakan mereka dengan ucapan Ya HARMUKALLAH, dengan maksud semoga Allah merahmatimu.


okay ini saja saya ingin kongsikan kepada para bloger sekalian. Dengan harapan kita dapat amalkan perkara yang senang ini ya. 




Maaf Aku Tak Pandai Menulis, Kalau Bercerita Aku Pandai.
TERIMA KASIH

No comments: