Mohamad Aizam Firdauz B. Nor Azizi . 19years old. Johorean . Accounting Student at UiTM Johor:)

Sunday, November 6, 2011

Cerita Memberi Kesan

Salam semua pembaca setiaa.
 Aku ingin berkongsi sedikit fasal novel yang aku pernah baca ni yang bertajuk Wasilah Cinta Weera oleh Rose Harissa.  Novel ni aku terjumpa di PERPUSTAKAAN SM TEKNIK PERDAGANGAN pada tahun 2010, sebenarnya aku taklah berapa minat nak baca novel, tapi masa tuh aku pinjam hanya sekadar suruhan pihak sekolah dalam program NILAM di kelas. Dalam waktu tu, aku main amek je novel ini dengan paksaan niat, tapi bila aku baca isi perut novel ini, dan aku tertarik dengan jalan cerita yang disampaikan. Memang pelik kan seorang lelaki membaca novel, tapi aku hanya baca novel novel yang berlandaskan agama islam dan tidak membuang masa dengan baca buku cinta-cinta picisan yang berlambak di pasaran tuh. okay. Di sini ada kisah sedikit tentang disebalik cerita dalam novel ini:-



Sebuah kisah yang sarat makna kasih sayang sesama manusia. Ia menawarkan keharuan ikhlasnya perhubungan antara Weera dan Ray, dua sahabat yang disalah erti hubungan hanya kerana mereka lelaki. Namun pada mereka setiap manusia boleh berbicara soal keteguhan hati, kasih dan keikhlasan asalkan ia kerana Allah. 


Ujian Tuhan akhirnya menyentuh Weera. Fitnah tidak malu-malu menghambur namun Weera tetap teguh kerana dia percaya ujian mendatangkan kebahagian untuk sesiapa yang mengertikannya. 


Pengertiannya, menitis lembut pada kata Wasilah Cinta Weera.




WASILAH CINTA WEERA





Berdosakah apabila dua orang lelaki saling mengasihi? Cinta ALLAH itu luas. Seluas alam semesta ciptaanNYA ini. Biar dituduh gay, Weera tetap mengasihi Ray kerana Ray adalah pengganti kasih sayang mama yang hilang dari hidupnya sejak kecil, gara-gara ayah yang memisahkan mereka.





Firdaus, hatinya berkelarah dengan kesumat berakar umbi dari bapanya, lantas menikahi Jasnita, bekas kekasih Weera. Sedangkan Weera menemui cintanya dalam diri Sari Ayu yang ditinggalkan seminggu sebelum sepatutnya berkahwin dengan Firdaus.





“Mana ada lelaki yang berlebih-lebih menunjukkan rasa sayang sesama mereka kalau bukan gay. Weera dan Ray sering berpeluk apabila berjumpa. Kadang-kadang si Weera itu tanpa segan silu mencium tangan Ray. Mereka juga pernah tidur bersama! Bukankah itu haram di sisi Islam? Mereka boleh gunakan alasan ukhwah. Tapi hakikatnya ukhwah mereka ’ukhwah terlanjur’! Mereka tidak ubah seperti kaum Nabi Lut!”





Benarlah… perbuatan orang yang suka memfitnah dan mengadu domba lebih berbahaya daripada syaitan. Sari Ayu terpedaya juga.




“Ray sentiasa ada dekat dengan aku. Dia selalu ada dalam hati aku, sentiasa aku sebut dalam doa setiap kali aku bersujud kepada ALLAH sebagaimana sahabat Nabi yang sering lama bersujud kerana mendoakan 70 sahabatnya lain…”





Wasilah cinta Weera tetap utuh terhadap Ray kerana mereka bertemu kerana ALLAH… berpisah juga



kerana ALLAH. Ukhwah fillah yang mengikat mereka, hanya maut yang mampu memisahkan. Weera sanggup membersihkan najis Ray membuatkan Sari Ayu mula mengerti wasilah cinta Weera.





Namun Firdaus tidak takutkan Tuhan. Bermula dari fitnah, dia bertindak menyihir Weera, malah mengheret lelaki Weera ke pertuduhan membunuh Jasnita. Firdaus mahu memastikan Weera musnah hatta jika terpaksa membunuh sekalipun!





Menemui Ray dalam komanya, Weera berjuang antara hidup dan mati…

P/s: Rugi gila gila gila korang tidak baca novel ni, tidak kisah lelaki atau perempuan mesti baca,
aku bagi 5BINTANG ***** !




Maaf Aku Tak Pandai Menulis, Kalau Bercerita Aku Pandai.
TERIMA KASIH

No comments: