Mohamad Aizam Firdauz B. Nor Azizi . 19years old. Johorean . Accounting Student at UiTM Johor:)

Tuesday, October 11, 2011

Perubahan itu pasti!

Assalamualaikum semua:) Ada apa dengan perkataan PERUBAHAN aek agak-agaknya? ehmm, maksud aku di sini ialah PENGHIJRAHAN. ehmm, sebenarnya aku ni bukannya apaa. aku tersentak dengan seorang kawan aku ni, dulu dia ni takde la cakap pasal agama ni, tiba tiba je terperasan pulak dia ni betul betul da berubahh, tiap kali online muka buku , dia punya status mesti dia pos pasal keagamaan, sebenarnya aku takde la berpersangka buruk dekat dia, tapi entahh, perubahan yang dilakukan oleh dia tiba tiba terasa pulak dari benak hati aku ni, nawaitu aku sebelum ni memang da berhasrat yang aku ni nak berubah, aku tak de la jahat mana punn, tapi entahhh, aku rasa kita dekat dunia ni tak berapa lama lagi daa., kadang-2 perubahan yang dilakukan oleh artis, seperti contoh DIANA AMIR. Dia berubah kerana dia telah bermimpi pasal hari kiamat, nauzubillah. begitu cepat kesedaranya. Alhamdulillah. Aku pun berharap para isteri pemimpin diluar sana pun turut bertudung, bagi aku, dia bukan seorang pemimpin kalau dia tak berani memimpin isterinya untuk bertudung,
ehh, lari topik pulak, nahhh, nasib baiklah ada seseorang sahabat ni mengingatkan aku tentang PENGHIJRAHAN! astaqfirulllah, aku harap aku tak lari jauh dengan Allah!!

Ini adalah sedikit dialog aku dengan orang yang aku cerita pada awalnya tadi, terima kasih terima kasih kerana menasihatkan aku. Sebenarnya, Sebelum berdialog dengan dia, aku memang da pasang niat untuk berubah dari perkara tidak baik ke arah yang lebih BAIK, alhamdulillah, Allah da temukan dia ni bagi aku kuatkan lagi semangat aku untuk berubah dan sentiasa berpaksikan pada Tuhanku iaitu Allah SWT!


Maaf Aku Tak Pandai Menulis, Kalau Bercerita Aku Pandai.
TERIMA KASIH